WELCOME ABOUT LINKS
Welcome


I'm a little cookie, yes i am and i was made by the cookie man and on my way from the cookie pan. a little piece broke off of me but i can taste just as good, uh-huh as a regular cookie can.


Mimpi yang sangat bermakna :") // Thursday, July 19, 2012
11:21 AM

بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh


dengan lafaz bismillah, aku nak berkongsi tentang mimpi aku yang sudah sebulan berlalu. 
tapi masih segar dalam ingatan. kerana mimpi berkenaan berkaitan dengan kematian.
orang yang mati dalam mimpi itu ialah faizatul amira binti pisol.

situasi dalam mimpi itu, di sekeliling aku dipenuhi dengan warna putih.
ada orang berjubah, bertelekung datang menghampiri aku. muka mereka tidak jelas kelihatan.
dan salah seorang daripada mereka bersuara dengan tegas

faizatul amira binti pisol, ingatkah lagi. semasa kamu di dunia 
"kamu pernah menyakiti perasaan ibumu"
"kamu pernah melengahkan waktu solatmu"
"kamu pernah memakai pakaian yang menaikan nafsu kaum adam" 

mereka semua yang mengelilingi aku. mengungkit segala dosa yang pernah aku lakukan di dunia dengan suara yang tegas dan amat menakutkan. daripada situlah, aku tersedar. terlalu banyak dosa yang aku lakukan semasa aku hidup. aku takut. dan aku terjaga dari tidur.

bila terjaga dari tidur, aku nampak Jiha dan kawan-kawan yang lain tengah bersedih. 
dan Jiha bersuara "sedihnyaaa, kenapa dia kena pergi awai sangat, SPM pun taksempat ambik lagi"
aku terpinga-pinga. dengan excited bertanya. "Jiha! sapa?sapa?
tapi yang peliknya. Jiha buat taktahu dan tak jawab pertanyaan aku.
tiba-tiba Hijrah datang dengan bising-bising. dan bersuara "weh betul ka apa yang aku dengar ni?"
semua kawan-kawan takmampu bercakap apa-apa. hanya menganggukkan kepala dan mengiyakan apa yg hijrah cakap.
tapi aku masih lagi terpinga-pinga. dan pergi dekat hijrah. bertanya "hijrah, siapakah?" 
hijrah hanya terdiam dan dia juga takjawab pertanyaan aku.
kemudian, amalina datang. dan bersuara "weh sedih, aku taksempat nak minta maaf dekat dia?"
aku menghampiri amalina dan bertanya soalan yang sama. dan jawapan yang sama. dia tidak menjawab persoalan aku.
aku tak sedap hati dan aku ternampak seorang pakcik yang berjubah putih. tersenyum melihat gelagat aku dari tadi.
aku menghampiri pakcik tersebut dan bertanya. "pakcik, pakcik tahu tak, kawan-kawan saya bercakap tentang siapa?"
dan pakcik itu menjawab. "nak balik rumah sekarang." sambil memberi senyuman. dengan hampa mendengar jawapan pakcik itu, aku terus pulang ke rumah. 

setibanya aku di rumah, aku pelik. kenapa ramai orang dekat rumah aku. kawan-kawan aku pun ada. aku pelik. bila aku tanya. seorang pun tak menjawab pertanyaan aku. aku terus lari masuk rumah untuk mencari emak. emak, along, kak ila, k.wani dan abang firdaus (keluarga aku) semua ada dalam bilik. dan mereka tengah mencium jenazah yang baru selesai di mandikan dan jenazah itu hendak di kafankan. aku terpinga-pinga. dan subhanallah. alangkah terkejutnya. jenayah yang dicium itu adalah jenazah diri sendiri. 

aku terlampau terkejut. hati aku seolah-olah hancur. dan aku teringat mimpi yang aku di kelilingi orang berjubah dan bertelekung. dan mereka mengukit segala dosa-dosa aku. *aku tersedar. bahawa saya belum melakukan solat taubat. aku belum bertaubat kepada mu ya Allah! dan akhirnya. aku mati sebelum meminta ke ampunan dari-NYA.

aku terkejut. dan terus mencubit-cubit segala anggota badan aku. dan menoleh ke sebelah kiri. dan aku nampak mak sedang tidur dengan nyenyak. air mata bertakung di tepi mata. aku rasa aku dah betul-betul sedar di dalam dunia yang nyata. seluruh anggota badan aku sejuk. aku terus bangun dan pergi ambik wudhuk dan sembahyang taubat. selesai sembahyang taubat. aku meminta supaya Allah mengampunkan segala dosa aku. 


"ton,ton kenapa tidur dekat sejadah ni? sembahyang subuh dah ka? kenapa takgerak mak?" *terdengar suara emak sedang gerakkan aku.

kesimpulan daripada semua ini.
aku bermimpi dalam mimpi. mimpi yang sangat bermakna. dan memberi impak yang besar dalam diri aku. aku berfikiran positif. mungkin ini hidayah yang Allah nak tunjukkan dekat aku? mungkin? wallahualam






sebak bila terfikir dosa-dosa yang telah saya buat. subhanallah. terlampau banyak :(
Islam itu mudah, tapi jangan mempermudah-mudahkannya. yang tertutup itu indah


ini sahaja yang aku nak ceritakan. maaf jika cerita ini kurang menarik. aku tidak pandai untuk menaik. tapi aku berusaha untuk berkongsi apa yg aku rasa. maaf kalau ada tersalah silap. assalammuailaikum.