WELCOME ABOUT LINKS
Welcome


I'm a little cookie, yes i am and i was made by the cookie man and on my way from the cookie pan. a little piece broke off of me but i can taste just as good, uh-huh as a regular cookie can.


Happy Father's Day ! // Sunday, June 16, 2013
2:53 AM
 بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh 

hari ini bertarikh 16 Jun 2013 
bersamaan dengan 7 shaaban 1434
Happy father day to my first love.
arwah abah, Pisol bin harun !
serious talk, anakanda merindui ayahanda.
youre always in my heart.
youre the best father that I've ever had 


Abah,
esok genap 6 tahun 5 bulan abah
 tinggalkan kami sekeluarga.

Abah,
anak abah dah besar !
dah anak dara. dah boleh kahwin. hehe

Abah,
anak abah sorang ni degil.

Abah,
anak abah dah nak masuk belajar dekat
kolej.

Abah,
alangkah happynya anak abah ni 
kalau abah masih ada
dan hantar anak abah sambung belajar.

Abah,
kalau abah ada sekarang, 
mesti abah bangga dengan anak abah sorang ni

Abah, 
kalau abah ada sekarang,
anak abah ni rindu nak peluk abah. hihi

Abah,
kalau abah ada sekarang,
anak abah rindu nak nangis, nak mengadu 
dekat abah.

Abah,
anak abah sentiasa doakan ketenangan
abah dekat sana.

Abah,
anak abah harap dapat jumpa abah dekat syurga nanti?
amin

Abah,
anak abah janji akan jaga emak.
akan bahagiakan emak.

Abah,
anak abah rindu sangat sangat dekat abah.
:'(

Allah  sahaja yang tahu perasaan hambanya macam mana. 

semperna dengan hari bapa hari ini,
aku nak orang yang baca blog aku
hayati lagu fynn jamal - biar.
lagu yang membuatkan aku rindu sangat sangat
dekat arwah abah.
lagu yang penuh makna.
lagu yang membuat aku menitis air mata. 

fynn jamal - biar.

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti



 dear kak fynn,  
setiap kali aku dengar, air mata aku mesti luruh. 
Dengar lagu ni rasa perit, sakit, sedih, sayu, pilu. 
besar dan agungnya kasih abah kepada aku.
lagu yang akan ingat jasa mak dan abah :')

lirik yang paling aku suka dan sentap

"makan takmahu semeja, sahabat lebih berharga" 

dan
"apa layak aku bagi? tak terbalas sampai mati"

:'(

lastly, selamat hari bapa kepada semua insan yang bergelar "bapa"

emak, abah.
tiada benda yang lagi besar daripada pengorbanan emak dan abah
dalam membesarkan kami 5 beradik.
me love them until jannah ! :')

AL-FATIHAH buat mu~
semoga tenang disana. amin :')



  kalau ada salah silap tu, cepat cepat tegur nah?

KEEP CALM AND ALWAYS REMEMBER ALLAH SWT :)

jaga diri, jaga iman, jaga hati

Just let people create bad stories about you. As long you know yourself well. Allah is Always with you 


Assalammualaikum. with love faizatulamirapisol






luahan hati detik 12 malam............. // Friday, May 31, 2013
10:01 AM
بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh 



detik 12 malam......
malam ni, malam yang ke lima.
selama lima malam ni, sebelum aku tidur. aku akan ingat mati.
taktahu kenapa. 
secara automatik, bila pejam. aku nampak muka aku siap dikapankan.
aku rasa macam malaikat nak ambik nyawa aku.
aku akan rasa taksenang hati, dan terus ambik air sembahyang 
dan  buat apa apa yang patut.
rasa mengigil satu badan, sebak.
perasaan takut datang membuak buak.
air mata keluar tanpa henti.
sebab apa, sebab aku rasa amalan aku tak cukup untuk dekat sana
kalau malaikat nak ambik nyawa aku malam tu jugak.

bila aku kongsi dengan kawan baik aku,
dia cakap

"ada la tu hang buat salah apa-apa, ataupun firasat hang"
"dan maybe jugak Allah nak hang ingat mati"
Allah Allah Allah :'(

bila diam dan duduk muhasabah diri. 
aku rasa akulah orang yang paling tak layak nak berbicara soal agama. 
Bukan sebab malu, tapi sebab tak layak. 
Orang expect benda baik, tapi sebenarnya aku jauh lebih teruk dari apa yang depa sangka. 
Aku masih jauh nak dicop sebagai baik/alim/tahu banyak pasal agama. 
Aku banyak salah, banyak kurang.
aku kenal diri aku siapa.
 aku masih lagi merangkak nak mencari redhaNya.
syurga Allah? aku rasa aku masih tak layak nak jejak. ermmm. 
 Banyak benda aku tak jaga. Banyak benda aku tak tahu. 
Makin aku belajar, aku rasa aku ni makin bodoh. 
sebab banyak dan terlalu banyak perkara yang aku tak tahu. 
Betapa jahilnya diri aku ini. betapa kerdilnya diri aku ini.
Aku sampaikan ilmu, aku sebarkan ilmu
 dengan harapan orang dapat amalkan, tapi aku belum tentu amal. 
Allah. Allah. Naudzubillahi min dzalik. :'(
harap dijauhkan dari perkara sebegitu. Semoga Allah jaga hati kita semua. 

Amin Ya Rabbal Alamin..............

ayat yang di ambik daripada facebook

"Tunjukkan kita ni umat Rasulullah yang Rasulullah sangat banggakan"
"Nama kita, tak dikenali manusia tak apa, biarlah dikenali oleh para penduduk langit."
 "Jadilah seperti Uwais al-Qarni. Mantapkan akidah kita. Kemaskan akhlak kita." 
"Cantikkan dan tingkatkan ilmu dan amal kita. Menangkan Islam dalam diri kita." 
 "segala kebatilan akan hancur. InsyaAllah." :')

itu sahaja yang nak kongsi malam ni

the end~~~~ 



 kalau ada salah silap tu, cepat cepat tegur nah?

KEEP CALM AND ALWAYS REMEMBER ALLAH SWT :)

jaga diri, jaga iman, jaga hati

Just let people create bad stories about you. As long you know yourself well. Allah is Always with you 


Assalammualaikum. with love faizatulamirapisol




Mimpi yang sangat bermakna :") // Thursday, July 19, 2012
11:21 AM

بِــــــــــسْمِ الَّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـم

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh


dengan lafaz bismillah, aku nak berkongsi tentang mimpi aku yang sudah sebulan berlalu. 
tapi masih segar dalam ingatan. kerana mimpi berkenaan berkaitan dengan kematian.
orang yang mati dalam mimpi itu ialah faizatul amira binti pisol.

situasi dalam mimpi itu, di sekeliling aku dipenuhi dengan warna putih.
ada orang berjubah, bertelekung datang menghampiri aku. muka mereka tidak jelas kelihatan.
dan salah seorang daripada mereka bersuara dengan tegas

faizatul amira binti pisol, ingatkah lagi. semasa kamu di dunia 
"kamu pernah menyakiti perasaan ibumu"
"kamu pernah melengahkan waktu solatmu"
"kamu pernah memakai pakaian yang menaikan nafsu kaum adam" 

mereka semua yang mengelilingi aku. mengungkit segala dosa yang pernah aku lakukan di dunia dengan suara yang tegas dan amat menakutkan. daripada situlah, aku tersedar. terlalu banyak dosa yang aku lakukan semasa aku hidup. aku takut. dan aku terjaga dari tidur.

bila terjaga dari tidur, aku nampak Jiha dan kawan-kawan yang lain tengah bersedih. 
dan Jiha bersuara "sedihnyaaa, kenapa dia kena pergi awai sangat, SPM pun taksempat ambik lagi"
aku terpinga-pinga. dengan excited bertanya. "Jiha! sapa?sapa?
tapi yang peliknya. Jiha buat taktahu dan tak jawab pertanyaan aku.
tiba-tiba Hijrah datang dengan bising-bising. dan bersuara "weh betul ka apa yang aku dengar ni?"
semua kawan-kawan takmampu bercakap apa-apa. hanya menganggukkan kepala dan mengiyakan apa yg hijrah cakap.
tapi aku masih lagi terpinga-pinga. dan pergi dekat hijrah. bertanya "hijrah, siapakah?" 
hijrah hanya terdiam dan dia juga takjawab pertanyaan aku.
kemudian, amalina datang. dan bersuara "weh sedih, aku taksempat nak minta maaf dekat dia?"
aku menghampiri amalina dan bertanya soalan yang sama. dan jawapan yang sama. dia tidak menjawab persoalan aku.
aku tak sedap hati dan aku ternampak seorang pakcik yang berjubah putih. tersenyum melihat gelagat aku dari tadi.
aku menghampiri pakcik tersebut dan bertanya. "pakcik, pakcik tahu tak, kawan-kawan saya bercakap tentang siapa?"
dan pakcik itu menjawab. "nak balik rumah sekarang." sambil memberi senyuman. dengan hampa mendengar jawapan pakcik itu, aku terus pulang ke rumah. 

setibanya aku di rumah, aku pelik. kenapa ramai orang dekat rumah aku. kawan-kawan aku pun ada. aku pelik. bila aku tanya. seorang pun tak menjawab pertanyaan aku. aku terus lari masuk rumah untuk mencari emak. emak, along, kak ila, k.wani dan abang firdaus (keluarga aku) semua ada dalam bilik. dan mereka tengah mencium jenazah yang baru selesai di mandikan dan jenazah itu hendak di kafankan. aku terpinga-pinga. dan subhanallah. alangkah terkejutnya. jenayah yang dicium itu adalah jenazah diri sendiri. 

aku terlampau terkejut. hati aku seolah-olah hancur. dan aku teringat mimpi yang aku di kelilingi orang berjubah dan bertelekung. dan mereka mengukit segala dosa-dosa aku. *aku tersedar. bahawa saya belum melakukan solat taubat. aku belum bertaubat kepada mu ya Allah! dan akhirnya. aku mati sebelum meminta ke ampunan dari-NYA.

aku terkejut. dan terus mencubit-cubit segala anggota badan aku. dan menoleh ke sebelah kiri. dan aku nampak mak sedang tidur dengan nyenyak. air mata bertakung di tepi mata. aku rasa aku dah betul-betul sedar di dalam dunia yang nyata. seluruh anggota badan aku sejuk. aku terus bangun dan pergi ambik wudhuk dan sembahyang taubat. selesai sembahyang taubat. aku meminta supaya Allah mengampunkan segala dosa aku. 


"ton,ton kenapa tidur dekat sejadah ni? sembahyang subuh dah ka? kenapa takgerak mak?" *terdengar suara emak sedang gerakkan aku.

kesimpulan daripada semua ini.
aku bermimpi dalam mimpi. mimpi yang sangat bermakna. dan memberi impak yang besar dalam diri aku. aku berfikiran positif. mungkin ini hidayah yang Allah nak tunjukkan dekat aku? mungkin? wallahualam






sebak bila terfikir dosa-dosa yang telah saya buat. subhanallah. terlampau banyak :(
Islam itu mudah, tapi jangan mempermudah-mudahkannya. yang tertutup itu indah


ini sahaja yang aku nak ceritakan. maaf jika cerita ini kurang menarik. aku tidak pandai untuk menaik. tapi aku berusaha untuk berkongsi apa yg aku rasa. maaf kalau ada tersalah silap. assalammuailaikum.